Skip to content

Seksyen 24

Langkah sementara

of Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993

ActIn forceProvision 34 of 65
Seksyen 24
(1)

Kerajaan hendaklah menggunakan langkah sementara mengenai dagangan subjek yang diimport ke dalam Malaysia pada atau selepas penyiaran notis penentuan awal afirmatif jika Kerajaan menentukan bahawa langkah sedemikian diperlukan untuk mencegah berlakunya kemudaratan yang disebut dalam perenggan 23(1)(h)

dalam tempoh penyiasatan.

(2)

Langkah sementara hendaklah dalam bentuk duti anti-lambakan sementara yang dijamin dengan cagaran yang sama dengan anggaran amaun margin lambakan yang ditentukan di bawah subseksyen 23(1).

(3)

Langkah sementara yang dikenakan di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi tempoh yang ditetapkan.