Seksyen 28B
Kajian semula dipercepat
of Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993
Seseorang pengeksport atau pengeluar yang pengeksportan dagangan subjeknya tertakluk kepada duti anti-lambakan muktamad tetapi yang tidak mengeksportkan dagangan subjek ke Malaysia sepanjang tempoh penyiasatan berhak mendapat kajian semula dipercepat supaya Kerajaan boleh dengan serta-merta mewujudkan kadar duti anti-lambakan individu bagi pengeksport atau pengeluar itu, dengan syarat bahawa pengeksport atau pengeluar itu dapat menunjukkan bahawa pengeksport atau pengeluar itu tidak ada kaitan dengan mana-mana pengeksport atau pengeluar di negara pengeksport yang tertakluk kepada duti anti-lambakan atas dagangan subjek.
(2)
Tiada duti anti-lambakan boleh dikenakan ke atas pengimportan daripada pengeksport atau pengeluar yang disebut dalam subseksyen (1)
semasa kajian semula sedang dijalankan.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), Kerajaan boleh menahan
54 Undang-undang Malaysia AKTA 504
sesuatu penaksiran atau meminta jaminan untuk memastikan bahawa, sekiranya kajian semula di bawah subseksyen (1) berkeputusan dengan penentuan bahawa terdapat lambakan dan kemudaratan yang disebabkan olehnya berkenaan dengan pengeksportan dagangan subjek ke dalam Malaysia oleh pengeksport atau pengeluar yang disebut dalam subseksyen (1), duti anti-lambakan boleh dikenakan secara retroaktif ke tarikh pemulaan kajian semula itu.