Seksyen 29
Tindakan anti-lambakan bagi pihak negara ketiga
of Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993
Kerajaan boleh memulakan penyiasatan duti anti-lambakan bagi pihak negara ketiga apabila permintaan bertulis bagi tindakan anti-lambakan diterima daripada kerajaan negara ketiga.
(2)
Permintaan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disokong dengan maklumat harga untuk menunjukkan bahawa pengimportan itu dilambakkan dan dengan maklumat terperinci untuk menunjukkan bahawa lambakan yang dikatakan itu sedang menyebabkan kemudaratan kepada industri dalam negeri yang berkenaan di negara ketiga itu.
(3)
Kerajaan negara ketiga itu hendaklah memberikan segala bantuan kepada Kerajaan untuk memperoleh apa-apa maklumat lanjut yang perlu untuk penyiasatan itu.
(4)
Dalam menimbangkan sesuatu permintaan di bawah seksyen ini, Kerajaan hendaklah menimbangkan kesan lambakan yang dikatakan itu ke atas industri yang berkenaan secara keseluruhannya di negara ketiga itu.
(5)
Keputusan sama ada untuk menjalankan penyiasatan duti anti-lambakan bagi pihak negara ketiga hendaklah terletak pada
Kerajaan semata-mata.
(6)
Jika Kerajaan memutuskan untuk memulakan penyiasatan duti anti-lambakan di bawah seksyen ini, Kerajaan hendaklah memperoleh kelulusan Majlis bagi Perdagangan Barang-Barang, Pertubuhan
Perdagangan Sedunia sebelum memulakan penyiasatan.
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 55