Skip to content

Seksyen 34A

Kajian semula kehakiman

of Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993

ActIn forceProvision 48 of 65
Seksyen 34A
(1)

Sesuatu pihak berkepentingan yang tidak berpuas hati atau yang terkilan dengan keputusan Kerajaan berhubung dengan sesuatu penentuan muktamad atau sesuatu penentuan kajian semula pentadbiran muktamad di bawah Akta ini berhak untuk merujukkan perkara itu kepada

Mahkamah Tinggi bagi kajian semula kehakiman mengikut Aturan 53

Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 57

Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980].

(2)

Sesuatu permintaan bagi kajian semula kehakiman hendaklah difailkan dalam Mahkamah Tinggi dalam masa tiga puluh hari selepas penyiaran penentuan muktamad atau penentuan kajian semula pentadbiran muktamad yang berkenaan.

(3)

Sesuatu permintaan bagi kajian semula kehakiman tidak boleh difailkan dalam Mahkamah Tinggi melainkan jika penentuan muktamad atau penentuan kajian semula pentadbiran muktamad yang berkenaan telah disiarkan oleh Kerajaan mengikut Akta ini.

(4)

Walau apa pun Aturan 53 subkaedah 1(5) *Kaedah-Kaedah

Mahkamah Tinggi 1980, sesuatu permintaan bagi kajian semula kehakiman dalam Mahkamah Tinggi tidak boleh menghalang

Kerajaan memungut duti timbal balas atau duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah mana-mana penentuan muktamad atau penentuan kajian semula pentadbiran muktamad.