Seksyen 35
of Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993
Seksyen 35
Jika pengimportan dagangan subjek dari lebih daripada satu negara adalah secara serentak tertakluk kepada penyiasatan duti timbal balas atau anti-lambakan, Kerajaan boleh menaksirkan kesan pengimportan itu secara terkumpul.
(2)
Subseksyen (1) hendaklah terpakai hanya jika Kerajaan menentukan —
(a)
bahawa amaun subsidi atau margin lambakan yang diwujudkan berhubungan dengan pengimportan dari setiap negara adalah lebih daripada de minimis;
CATATAN—Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U.
50/1980] telah dimansuhkan oleh
Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 2012 [P.U.
205/2012].
58 Undang-undang Malaysia AKTA 504
(b)
bahawa jumlah pengimportan dagangan subjek dari setiap negara tidaklah sedikit sahaja; dan
(c)
bahawa penaksiran secara terkumpul kesan pengimportan dagangan subjek adalah patut memandangkan keadaan persaingan antara dagangan subjek, dan keadaan persaingan antara dagangan subjek dengan keluaran dalam negeri serupa.