Skip to content

Seksyen 49

Kewajipan kerahsiaan

of Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993

ActIn forceProvision 63 of 65
Seksyen 49
(1)

Tiada seorang pun yang mempunyai akses kepada apa-apa pernyataan, akaun, rekod, persuratan, dokumen, maklumat atau apa-apa bahan lain yang didapati menurut peruntukan Akta ini boleh mendedahkan pernyataan, akaun, rekod, persuratan,

Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 63

dokumen, maklumat atau bahan lain itu kepada mana-mana orang lain melainkan jika—

(a)

pendedahan itu dibenarkan oleh Menteri; atau

(b)

pendedahan itu dibuat bagi maksud Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.