Countervailing and Anti-Dumping Duties Act 1993 · Updated to 1 Jan 2014 · Bahagian V
50. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat apa-apa peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi memberi kesan penuh kepada peruntukan
Akta ini, bagi menjalankan maksud Akta ini atau mana-mana peruntukannya, atau bagi pelaksanaan peruntukan Akta ini dengan lebih lanjut, baik dan mudah.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—
untuk menetapkan tempoh masa bagi apa-apa tindakan diambil di bawah Akta ini;
untuk memperuntukkan bagi perlanjutan masa bagi apa-apa tindakan diambil dan hal-hal keadaan apabila perlanjutan boleh diberikan;
untuk memperuntukkan bagi bentuk dan kandungan notis yang dikehendaki bagi maksud Akta ini dan prosedur yang berhubungan dengan pemberian notis itu;
untuk memperuntukkan bagi langkah anti-pemintasan;
untuk memperuntukkan bagi prosedur penyiasatan, kajian
64 Undang-undang Malaysia AKTA 504
semula dan rayuan;
untuk memperuntukkan bagi apa-apa fi yang dikehendaki dikenakan berkenaan dengan apa-apa perkara atau benda yang dikehendaki bagi maksud Akta ini;
untuk memperuntukkan bentuk aku janji yang boleh disetuju terima oleh Kerajaan dan prosedur yang berhubungan dengannya; dan
untuk memperuntukkan bagi semua perkara yang dikehendaki ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk menguatkuasakan Akta ini.
Peraturan di bawah seksyen ini—
boleh memperuntukkan bahawa mana-mana perbuatan atau peninggalan yang berlanggaran dengan mana-mana peruntukannya menjadi suatu kesalahan; dan
boleh memperuntukkan bagi pengenaan penalti yang tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit bagi kesalahan sedemikian.