Skip to content

Seksyen 5

Perundingan dengan kerajaan asing yang berkepentingan

of Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993

ActIn forceProvision 10 of 65
Seksyen 5

(1)

Sebelum memulakan penyiasatan, Kerajaan hendaklah memberi Anggota yang dagangannya tertakluk kepada penyiasatan dan mana-mana kerajaan asing yang berkepentingan peluang untuk berunding bagi maksud menjelaskan perkara yang relevan kepada penyiasatan itu dan untuk mendapatkan penyelesaian yang dipersetujui bersama.

(2)

Kerajaan hendaklah memberi suatu peluang munasabah bagi perundingan tambahan sepanjang perjalanan penyiasatan itu.

(3)

Tiada penentuan afirmatif sama ada yang awal atau muktamad boleh dibuat tanpa memberikan peluang munasabah bagi perundingan.

Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 19

(4)

Perundingan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh mewujudkan asas untuk mengambil tindakan di bawah seksyen 4.

(5)

Kerajaan hendaklah juga membenarkan, apabila diminta,

Anggota yang dagangannya tertakluk kepada penyiasatan akses kepada keterangan tidak sulit, termasuk ringkasan tidak sulit maklumat sulit, yang digunakan bagi memulakan atau menjalankan penyiasatan itu.