Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2014Read it in English

Bahagian II · Duti Timbal Balas

7A. Kemudaratan dan hubungan bersebab

Feedback & support
(1)

Penentuan kemudaratan bagi maksud suatu penyiasatan duti timbal balas di bawah Akta ini hendaklah berasaskan keterangan yang berkenaan dan hendaklah melibatkan pemeriksaan secara objektif kedua-dua jumlah pengimportan dagangan subjek dan kesan dagangan subjek pada harga dalam pasaran dalam negeri bagi keluaran serupa dan kesan berbangkit pengimportan ini pada pengeluar dalam negeri keluaran sedemikian.

(2)

Bagi maksud Akta ini, hendaklah ditunjukkan bahawa dagangan subjek, menerusi kesan subsidi, menyebabkan kemudaratan.

(3)

Penunjukan hubungan bersebab antara dagangan subjek dengan

20 Undang-undang Malaysia AKTA 504

kemudaratan kepada industri dalam negeri hendaklah berasaskan pemeriksaan segala keterangan yang berkenaan yang ada pada

Kerajaan.

(4)

Kerajaan hendaklah juga memeriksa apa-apa faktor yang diketahui selain dagangan subjek yang pada masa yang sama sedang memudaratkan industri dalam negeri dan kemudaratan yang disebabkan oleh faktor lain ini tidaklah boleh dianggap disebabkan oleh dagangan subjek.

(5)

Penentuan mengenai ancaman kemudaratan material hendaklah berasaskan pada fakta dan bukan semata-mata pada pengataan, terkaan atau kemungkinan yang tipis.

(6)

Dalam membuat penentuan berkenaan dengan kewujudan ancaman kemudaratan material, Kerajaan hendaklah menimbangkan apa-apa faktor yang ditetapkan.

(7)

Dalam hal apabila kemudaratan diancam oleh dagangan subjek, pengenaan langkah timbal balas hendaklah dipertimbangkan dan diputuskan dengan perhatian khas.

Report

Bahagian III

Duti Anti-Lambakan

Bahagian IV

Pentadbiran

Bahagian V