Akta Francais 1998 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian VI · Kesalahan dan Penalti
40. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Feedback & supportJika apa-apa kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain dalam pertubuhan perbadanan itu atau berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau dengan apa-apa cara atau hingga apa-apa takat bertanggungjawab atas pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau membantu dalam pengurusan sedemikian, adalah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, setelah mengambil kira jenis fungsi-fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, keizinan atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
Francais 37