Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian VI · Kesalahan dan Penalti

41. Pengkompaunan kesalahan

Feedback & support
(1)

Pendaftar boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang telah dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan ditetapkan oleh Menteri sebagai kesalahan boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada

Pendaftar sejumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus jumlah denda maksimum itu bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(3)

Jika jumlah yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pendaftar, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika suatu kesalahan dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.

(5)

Kesemua jumlah wang yang diterima oleh Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Report

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai