Akta Francais 1998 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian VIII · Pelbagai
54. Section 54
Feedback & support(1)
Orang asing yang bercadang menjual francaisnya di Malaysia atau kepada mana-mana warganegara Malaysia hendaklah memohon kepada Pendaftar dengan mengemukakan permohonan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan.
(2)
Pendaftar boleh meluluskan atau menolak permohonan di bawah subseksyen (1) tanpa memberikan sebab bagi penolakan itu.
(3)
Permohonan yang diluluskan di bawah seksyen ini boleh dijadikan tertakluk pada apa-apa syarat yang boleh dikenakan oleh Pendaftar.
(4)
Apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1),
Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan.