Akta Francais 1998 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian VIII · Pelbagai
59. Perlindungan pegawai
Feedback & supportTiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar atau mana-mana pegawai atau orang yang diberi kuasa sewajarnya di bawah Akta ini bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang diarahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan
mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang dilakukan atau dikatakan dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Menteri, Pendaftar, Timbalan Pendaftar,
Penolong Pendaftar, atau mana-mana pegawai atau orang yang diberi kuasa sewajarnya di bawah Akta ini jika perbuatan itu dibuat dengan suci hati dan dengan mempercayai dengan munasabah bahawa perbuatan itu perlu bagi maksud yang hendak dicapai olehnya.
Francais 49