Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

48b. Section 48b

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda telah disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu boleh melepaskan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu kepada orang yang dia tentukan sebagai berhak secara sah kepadanya, jika dia berpuas hati bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan dalam keadaan sedemikian pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu, Kerajaan, Pendaftar atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau Pendaftar tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu telah dibuat dengan suci hati.

(2)

Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang melakukan pelepasan itu bagi apa-apa perkara di bawah subseksyen (1) dengan menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantar suatu salinan rekod itu kepada

Pendakwa Raya dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu.

Undang-Undang Malaysia 16

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan balik 48c. Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Ganjaran bagi maklumat 48d. Dalam hal sabitan yang melibatkan denda, mahkamah yang mengenakan denda itu boleh, atas permohonan pegawai pendakwa, mengarahkan pembayaran mana-mana bahagian denda itu mengikut perkadaran yang difikirkan patut oleh mahkamah tetapi dalam apa-apa hal tidak melebihi setengah daripada denda itu kepada orang yang memberikan maklumat yang membawa kepada sabitan itu.”.

Report