Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2012Read it in English

4. Koordinat geografi titik pangkal

Feedback & support
(1)

Yang di-Pertuan Agong, atas syor Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan koordinat geografi titik pangkal yang darinya garis pangkal Malaysia boleh ditentukan di bawah seksyen 5.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan koordinat geografi titik pangkal kawasan yang dinyatakan.

(3)

Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibentangkan di hadapan setiap Dewan Parlimen dengan seberapa segera yang mungkin selepas penyiarannya.

Report