Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2012Read it in English

3. Undang-undang yang dipakai

Feedback & support
(1)

Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, peruntukan Akta ini hendaklah dipakai dan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang bercanggah atau tidak selaras itu hendaklah, setakat yang percanggahan atau ketidakselarasan itu, disifatkan digantikan.

(2)

Peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang tidak bercanggah atau yang selaras dengan peruntukan Akta ini hendaklah selainnya terus terpakai.

Garis Pangkal Zon Maritim 7

(3)

Dalam seksyen ini, ungkapan “undang-undang bertulis” tidak termasuk Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

Report