Seksyen 6
Had zon maritim
of Akta Garis Pangkal Zon Maritim 2006
ActIn forceProvision 6 of 9
Seksyen 6
(1)
Zon maritim Malaysia hendaklah diukur daripada garis pangkal.
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 660
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), Yang di-Pertuan Agong, atas syor Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan garis batasan luar atau garis persempadanan bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana zon maritim
Malaysia.
(3)
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)
hendaklah dibentangkan di hadapan setiap Dewan Parlimen dengan seberapa segera yang mungkin selepas penyiarannya.