10. Laporan prestasi perkhidmatan dan penarafan entiti Kerajaan
Feedback & supportKetua entiti Kerajaan hendaklah, dari semasa ke semasa sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara, mengemukakan laporan prestasi perkhidmatan kepada
Ketua Setiausaha Negara.
Ketua Setiausaha Negara hendaklah menyebabkan laporan prestasi perkhidmatan yang dikemukakan oleh ketua entiti Kerajaan di bawah subseksyen (1) diperiksa, dinilai dan dipertimbangkan bagi penarafan mengikut kaedah penarafan yang diwujudkan di bawah seksyen 7.
Bagi maksud subseksyen (2), Menteri hendaklah, selepas berunding dengan Ketua Setiausaha Negara, melantik mana-mana orang dengan kelayakan yang sesuai untuk memeriksa dan menilai laporan prestasi perkhidmatan sesuatu entiti Kerajaan, dan orang itu hendaklah mengemukakan dapatannya kepada
Ketua Setiausaha Negara.
Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 11
Setelah menerima dapatan berkenaan dengan laporan prestasi perkhidmatan sesuatu entiti Kerajaan, Ketua Setiausaha Negara hendaklah meneliti dan menimbangkan dapatan itu dan memberikan suatu penarafan kepada entiti Kerajaan itu.
Mana-mana entiti Kerajaan yang mencapai suatu penarafan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara boleh dipertimbangkan untuk menerima insentif dan pengiktirafan daripada Kerajaan.
Walau apa pun peruntukan Akta ini—
Menteri boleh menggunakan laporan prestasi perkhidmatan sesuatu entiti Kerajaan sebagai suatu kriteria bagi menentukan pemberian peruntukan kewangan Kerajaan kepada entiti Kerajaan itu; dan
Menteri boleh menyebabkan laporan prestasi perkhidmatan mana-mana entiti Kerajaan dibentangkan di Dewan Rakyat.