Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2026 · Updated to 30 Jan 2026 · Bahagian I · Permulaan
2. Tafsiran
Feedback & supportDalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“establismen” ertinya mana-mana tempat yang penghutang mempunyai harta, atau mana-mana tempat operasi yang penghutang menjalankan suatu aktiviti ekonomi bukan sementara dengan cara manusia dan harta atau perkhidmatan;
Insolvensi Rentas Sempadan 9
“Mahkamah” ertinya Mahkamah sebagaimana yang disebut dalam seksyen 5;
“mahkamah asing” ertinya pihak kehakiman atau pihak berkuasa lain yang kompeten untuk mengawal atau mengawasi prosiding asing;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi undang-undang;
“pemegang jawatan insolvensi Malaysia” ertinya—
Pegawai Penerima sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Syarikat 2016 [Akta 777];
seseorang yang dilantik di bawah Akta Syarikat 2016
untuk bertindak dalam mana-mana kapasiti yang berikut:
penyelesai atau penyelesai interim, sama ada dalam penggulungan paksa atau sukarela;
pengurus kehakiman atau pengurus kehakiman interim dalam pengurusan kehakiman;
penama atau penyelia suatu perkiraan sukarela korporat; atau
wakil suatu skim kompromi atau perkiraan;
seseorang yang diluluskan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990
[Akta 441] sebagai pelikuidasi yang diluluskan;
mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah di bawah subseksyen 6(2) untuk bertindak di suatu Negara asing bagi pihak mana-mana prosiding; atau
mana-mana orang atau badan lain yang diiktiraf di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia dalam suatu prosiding kehakiman atau pentadbiran kolektif di Malaysia, termasuk prosiding interim, di bawah undang-undang yang berhubungan dengan insolvensi yang dalamnya prosiding mengenai harta dan hal ehwal penghutang adalah tertakluk kepada kawalan atau pengawasan oleh Mahkamah, bagi maksud penyusunan semula atau penyelesaian;
Undang-Undang Malaysia 10
“penghutang” ertinya—
suatu perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Syarikat 2016 tetapi tidak termasuk perkongsian liabiliti terhad dan perkongsian liabiliti terhad asing; atau
suatu perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Syarikat Labuan 1990;
“prosiding asing” ertinya prosiding kehakiman atau pentadbiran kolektif di suatu Negara asing, termasuk prosiding interim, di bawah undang-undang yang berhubungan dengan insolvensi yang dalamnya prosiding mengenai harta dan hal ehwal penghutang adalah tertakluk kepada kawalan atau pengawasan oleh suatu mahkamah asing, bagi maksud penyusunan semula atau penyelesaian;
“prosiding bukan utama asing” ertinya prosiding asing selain prosiding utama asing yang berjalan di suatu Negara asing yang penghutang mempunyai suatu establismen;
“prosiding utama asing” ertinya prosiding asing yang berjalan di suatu Negara asing yang penghutang mempunyai pusat kepentingan utamanya;
“undang-undang insolvensi Malaysia” ertinya—
Akta ini;
subpenggal 2 dan 3 Penggal 7 Bahagian III, Penggal 8
Bahagian III, dan Bahagian IV dan V Akta Syarikat 2016;
seksyen 74, 127, 130zb, 131, 131a, 151c dan 151d
Akta Syarikat Labuan 1990;
mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah
Akta ini, Akta Syarikat 2016, Akta Syarikat Labuan 1990
dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91]; dan
Insolvensi Rentas Sempadan 11
common law Malaysia yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan mana-mana peruntukan Akta ini,
Akta Syarikat 2016, Akta Syarikat Labuan 1990 dan
Akta Mahkamah Kehakiman 1964 atau mana-mana peruntukan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, Akta Syarikat 2016, Akta Syarikat
Labuan 1990 dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964;
“wakil asing” ertinya orang atau badan yang dilantik, termasuk orang atau badan yang dilantik secara interim, dan yang diberi kuasa dalam prosiding asing untuk mentadbir penyusunan semula atau penyelesaian harta atau hal ehwal penghutang atau untuk bertindak sebagai seorang wakil prosiding asing itu.
Dalam mentafsir Akta ini, hendaklah diambil kira asal usul antarabangsanya dan keperluan untuk menggalakkan keseragaman dalam pemakaiannya dan pematuhan niat baiknya.