Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2026 · Updated to 30 Jan 2026 · Bahagian I · Permulaan
3. Pemakaian
Feedback & supportAkta ini hendaklah terpakai jika—
bantuan dimohon di Malaysia oleh suatu mahkamah asing atau seseorang wakil asing berkaitan dengan prosiding asing;
bantuan dimohon di suatu Negara asing berkaitan dengan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia;
prosiding asing dan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia berkenaan dengan penghutang yang sama berjalan secara serentak; atau
pemiutang atau orang berkepentingan lain di suatu Negara asing mempunyai kepentingan dalam memohon untuk memulakan, atau mengambil bahagian dalam, prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia.
Akta ini tidak terpakai bagi—
insolvensi dan kebankrapan individu di bawah
Akta Insolvensi 1967 [Akta 360];
Undang-Undang Malaysia 12
mana-mana orang yang menjalankan perniagaan berdaftar atau perniagaan berlesen di bawah—
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197];
Ordinan Pelesenan Perdagangan [Sabah Bab. 144];
Ordinan Pelesenan Perniagaan, Profesion dan
Perdagangan [Sarawak Bab. 33]; dan
Ordinan Nama-Nama Perniagaan [Sarawak Bab. 64];
mana-mana perkongsian liabiliti terhad dan perkongsian liabiliti terhad asing di bawah Akta Perkongsian Liabiliti
Terhad 2012 [Akta 743]; dan
mana-mana orang sebagaimana yang dinyatakan dalam