Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2026 · Updated to 30 Jan 2026 · Bahagian IV · Kerjasama Dengan Mahkamah Asing dan Wakil Asing
26. Kerjasama dan komunikasi langsung antara pemegang jawatan insolvensi Malaysia dengan mahkamah asing atau wakil asing
Feedback & support(1)
Bagi maksud Akta ini, seseorang pemegang jawatan insolvensi Malaysia hendaklah, dalam menjalankan fungsinya di bawah undang-undang Malaysia, dan tertakluk kepada pengawasan oleh Mahkamah, bekerjasama ke takat semaksimum yang boleh dengan mahkamah asing atau wakil asing.
(2)
Pemegang jawatan insolvensi Malaysia berhak, dalam menjalankan fungsinya di bawah undang-undang Malaysia, dan tertakluk kepada pengawasan oleh Mahkamah, untuk berkomunikasi secara langsung dengan mahkamah asing atau wakil asing.