Skip to content
In forceUpdated to 30 Jan 2026Read it in English

Bahagian VI

34. Kuasa untuk meminda Jadual

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, atas syor Bank Negara Malaysia,

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Perbadanan Insurans Deposit

Malaysia, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, Suruhanjaya

Syarikat Malaysia, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa lain yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual kepada Akta ini.

(2)

Apabila perintah yang disebut dalam subseksyen (1) disiarkan,

Jadual sebagaimana yang dipinda itu hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya dan hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada Akta ini dari tarikh penyiaran itu atau dari tarikh terkemudian sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

Undang-Undang Malaysia 32

Report