Seksyen 35
Kecualian
of Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2026
Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi prosiding insolvensi rentas sempadan yang dimulakan pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
(2)
Mana-mana prosiding insolvensi rentas sempadan atau permohonan yang berhubungan dengan insolvensi rentas sempadan yang dimulakan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus diuruskan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
(3)
Apa-apa perintah, arahan, keputusan, perbuatan atau prosiding yang dibuat, diberikan, diambil atau dilakukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan insolvensi rentas sempadan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini, dan apa-apa hak, kewajipan atau liabiliti yang terakru di bawahnya, hendaklah, setakat yang ia tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini, terus kekal sah dan boleh dikuatkuasakan.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan hak dan remedi mana-mana pemiutang yang berbangkit atau terakru di bawah undang-undang yang terpakai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak yang berkaitan atau diarahkan oleh Mahkamah di bawah Akta ini.