Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (DISEMAK—2025) · Updated to 14 May 2025 · Bahagian I · Permulaan
2. Tafsiran
Feedback & supportDalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Institut” ertinya Institut Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Institut yang dilantik di bawah subseksyen 20(1);
“Kumpulan Wang Rizab” ertinya Kumpulan Wang Rizab yang ditubuhkan di bawah seksyen 24;
Undang-Undang Malaysia 8
“Kumpulan Wang Simpanan Bercarum” ertinya Kumpulan Wang
Simpanan Bercarum yang ditubuhkan di bawah seksyen 25;
“Lembaga” ertinya Lembaga Institut Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 7;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi;
“tahun kewangan” ertinya tempoh dari 1 Januari hingga 31 Disember dalam sesuatu tahun.