Skip to content
In forceUpdated to 14 May 2025Read it in English

Bahagian II · Institut Koperasi Malaysia

3. Penubuhan Institut Koperasi Malaysia

Feedback & support
(1)

Suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Co-operative

Institute of Malaysia” atau, dalam bahasa kebangsaan, “Institut

Koperasi Malaysia” ditubuhkan.

(2)

Institut adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.

(3)

Institut boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.

(4)

Tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, Institut boleh, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut—

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih yang boleh menjadi terletak hak pada Institut melalui pembelian, atau melalui apa-apa pertukaran, pemberian, derma, pajakan, pemberian berwasiat atau selainnya;

(c)

memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menjual, menggadaijanjikan, memajakkan, menukarkan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau

Institut Koperasi (Pemerbadanan)

9

membuat urusan mengenai, apa-apa jenis harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletak hak pada Institut atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Institut; dan

(d)

menjalankan, melaksanakan dan menunaikan, mengikut peruntukan Akta ini, semua kuasa, fungsi dan kewajipan yang diberikan, diperuntukkan atau dikenakan ke atas

Institut oleh peruntukan itu.

Report

Bahagian III

Lembaga Institut

Bahagian IV

Pelantikan Ketua Pengarah, Pegawai dan Kakitangan

Bahagian V

Kewangan

Bahagian VI

Bahagian II

Bahagian II-

Bahagian III

Bahagian III-