Skip to content

Seksyen 23

of Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (DISEMAK—2025)

ActIn forceProvision 23 of 41

Seksyen 23

(1)

Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai Kumpulan

Wang Institut Koperasi Malaysia (kemudian daripada ini disebut

“Kumpulan Wang”) ditubuhkan—

(a)

yang ke dalamnya hendaklah dibayar segala jumlah wang yang diterima oleh Institut, sama ada secara caruman, pemberian, fi, pinjaman atau selainnya;

(b)

yang daripadanya hendaklah dibayar apa-apa belanja pasti sebagaimana yang diarahkan oleh Akta ini supaya dibayar daripada Kumpulan Wang; dan

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 865

(c)

yang ke dalamnya hendaklah dibayar jumlah wang yang diterima daripada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan

Koperasi.

(2)

Parlimen boleh dari semasa ke semasa membuat pemberian kepada Institut.