Skip to content

Seksyen 22

Cawangan Institut

of Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (DISEMAK—2025)

ActIn forceProvision 22 of 41
Seksyen 22
(1)

Lembaga boleh menubuhkan dan menyenggarakan apa-apa cawangan atau cawangan-cawangan Institut di mana-mana tempat atau tempat-tempat di Malaysia atau di mana-mana tempat lain sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Lembaga bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini.

(2)

Lembaga hendaklah melantik berkenaan dengan suatu cawangan, seorang Pengarah Cawangan yang hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif, pentadbiran dan akademik cawangan, dan dia hendaklah melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah arahan dan kawalan Ketua Pengarah.