Seksyen 26
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
of Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016
Perbelanjaan Institut setakat apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.
(2)
Sebelum mulanya bulan Jun setiap tahun, Institut hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan
(termasuk perbelanjaan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan dan projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
(3)
Menteri hendaklah, sebelum permulaan bulan Disember tahun itu, memberitahu Institut amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.
(4)
Institut boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan itu dimasukkan dalam anggaran tambahan.