Skip to content

Seksyen 29

of Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016

ActIn forceProvision 29 of 56

Seksyen 29

(1)

Menteri boleh, dengan persetujuan Menteri Kewangan, membuat perintah bagi pengenaan, pengubahan atau pembatalan ses penyelidikan atas pengeksportan semua atau mana-mana hasil hutan, dan perintah itu boleh menyatakan jenis, amaun dan kadar ses, orang atau golongan orang yang ke atasnya ses itu dikenakan dan cara kutipan ses itu.

(2)

Perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.

(3)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), ses itu hendaklah disifatkan sebagai duti kastam yang dikenakan di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235]

bagi maksud mengutip dan menguatkuasakan pengutipan ses itu.