Skip to content
In forceUpdated to 30 Sep 2016Read it in English

Bahagian II

3. Institut yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985

Feedback & support
(1)

Walaupun Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan

Perhutanan Malaysia 1985 dimansuhkan dan Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta yang dimansuhkan dibubarkan oleh seksyen 46,

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang ditubuhkan oleh

Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah terus wujud di bawah dan tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan dengan pertukaran nama dalam bahasa Inggeris kepada “Forest Research Institute

Malaysia”.

(2)

Pertukaran nama di bawah subseksyen (1) tidak boleh menyentuh identiti Institut atau apa-apa hak atau obligasi Institut atau mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap Institut, dan apa-apa prosiding undang-undang yang telah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Institut atas namanya yang dahulu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya atas namanya yang baharu.

(3)

Institut hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan dan terus kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya.

(4)

Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Institut.

(5)

Menteri boleh meminda peruntukan Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Report

Bahagian III

Ketua Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat Institut

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Kuasa Lain Institut

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Schedules