Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2014

Amends the Price Control and Anti-Profiteering Act 2011

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kawalan Harga dan

Antipencatutan (Pindaan) 2014.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 2

Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2, dalam takrif “pegawai yang diberi kuasa” dengan memasukkan selepas perkataan “pegawai awam” perkataan “atau pegawai pihak berkuasa tempatan”.

UNDANG-UNDANG malaysia

akta kawalan harga dan antipencatutan

(Pindaan) 2014

Undang-Undang Malaysia 4

s 3Pindaan seksyen 3

Seksyen 3 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (6) dengan subseksyen yang berikut:

“(6)  Menteri boleh memberi kuasa mana-mana pegawai awam atau pegawai pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan semua atau mana-mana kuasa di bawah Akta ini.”.

s 4Seksyen baru 10a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 10

seksyen yang berikut:

“Harga atau caj yang dikenakan tidak boleh termasuk butiran tertentu 10a.  (1)  Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barangan atau perkhidmatan tidak boleh memasukkan butiran yang dinyatakan dalam Jadual sebagai sebahagian daripada harga bagi barangan atau caj bagi perkhidmatan itu.

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu juta ringgit; atau

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.

Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan)

s 5Pindaan seksyen 15

Seksyen 15 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah yang disebut dalam subseksyen (1) adalah termasuk Menteri menentukan suatu tempoh tertentu yang tidak boleh ada kenaikan margin keuntungan bersih bagi apa-apa barangan atau perkhidmatan.”; dan

(b)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:

“(ba) apa-apa kos yang ditanggung dalam penjalanan atau penerusan perniagaan;”.

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 54 seksyen yang berikut: