Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 · Updated to 15 Sep 2025 · Bahagian III
14. Kuasa untuk menahan dan menggeledah kenderaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika seseorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang semunasabahnya mengesyaki bahawa suatu kenderaan itu membawa padi atau beras yang berlanggaran dengan mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, maka adalah sah bagi pegawai itu menahan dan memeriksa kenderaan itu bagi maksud menentukan sama ada apa-apa padi atau beras terdapat di dalamnya atau sedang dipindahkan atau diangkut yang berlawanan dengan peruntukan itu dan orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu hendaklah jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai itu, memberhentikan kenderaan itu dan membenarkan pegawai itu memeriksanya.
Orang yang mengawal atau menjaga kenderaan yang diperiksa di bawah peruntukan subseksyen (1) hendaklah atas permintaan pegawai diberi kuasa atau pegawai polis membuka semua bahagian kenderaan itu untuk diperiksa oleh pegawai itu dan mengambil semua langkah yang perlu untuk membolehkan pemeriksaan itu dibuat sebagaimana yang difikirkannya perlu oleh pegawai itu.
*CATATAN—Apa-apa sebutan yang dibuat dalam mana-mana undang-undang bertulis, perkiraan atau surat cara yang lain mengenai “perairan wilayah” hendaklah setakat yang sebutan itu menyentuh undang-undang persekutuan bererti “laut wilayah” dan hendaklah ditafsirkan tertakluk kepada peruntukan Akta ini—lihat seksyen 6 Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750].
Undang-Undang Malaysia 18
Bahagian IV