Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 · Updated to 15 Sep 2025 · Bahagian III
Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 · Updated to 15 Sep 2025 · Bahagian III
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis—
bagi maksud menguji ketepatan sesuatu rekod yang disimpan atau sesuatu penyata yang dibuat atau maklumat yang diberi kepada seseorang pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 7; atau
bagi maksud mendapatkan maklumat, boleh—
masuk pada bila-bila masa yang munasabah mana-mana tanah, rumah, bangunan atau tempat lain yang dimiliki atau diduduki oleh mana-mana orang; dan
menjalankan apa-apa penyiasatan dan pemeriksaan
(termasuk penyiasatan dan pemeriksaan buku)
sebagaimana yang difikirkannya perlu.
Jika, hasil daripada apa-apa penyiasatan dan pemeriksaan yang dibuat di bawah subseksyen (1), terdapat perselisihan antara kuantiti atau kualiti padi atau beras yang dijumpai itu dengan mana-mana rekod atau penyata yang dikehendaki disimpan atau dibuat atau apa-apa maklumat yang diberi mengenai padi atau beras itu, orang yang dikehendaki menyimpan rekod atau membuat penyata atau memberi maklumat itu melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Bahagian IV