Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 · Updated to 15 Sep 2025 · Bahagian V
Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 · Updated to 15 Sep 2025 · Bahagian V
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding jenayah di bawah Akta ini, tiada pegawai diberi kuasa boleh mendedahkan apa-apa maklumat berkenaan dengan apa-apa urusan persendirian yang telah diperolehinya semasa menjalankan tugasnya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
Seseorang yang dengan diketahuinya melanggar peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.