Seksyen 51
Penalti kerana kegagalan mematuhi seksyen 45
ActIn forceProvision 51 of 106
Seksyen 51
(1)
Mana-mana syarikat keretapi yang gagal memberi notis mengenai kemalangan sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen 45 hendaklah membayar kepada Kerajaan suatu jumlah wang sebanyak satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari selama keingkaran itu berterusan.
(2)
Mana-mana pegawai keretapi yang menjaga stesen yang tidak memberi notis mengenai kemalangan sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen 45 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.
Penalti kerana kegagalan mematuhi seksyen 50