Skip to content

Seksyen 54

Mana-mana pegawai keretapi yang—

of Akta Keretapi 1991

ActIn forceProvision 54 of 106
Seksyen 54

(a)

berada dalam keadaan mabuk semasa menunaikan apa-apa tugas; atau

(b)

enggan atau abai melaksanakan tugasnya atau melaksanakan tugasnya mengikut cara yang tidak wajar, jika tugasnya adalah sedemikian sehingga keadaan mabuk, keengganan, keabaian atau pelaksanaan tidak wajar tugasnya itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkemungkinan membahayakan keselamatan mana-mana orang atau barang yang dibawa di atas keretapi, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.