Act of Parliament · Updated to 1 Sep 2012 · 14 parts
Railways Act 1991
Feedback & supportRules on railwaysBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keretapi 1991 dan hendaklah terpakai bagi semua keretapi di Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
Walau apa pun subseksyen (1), Bahagian XII hendaklah terpakai bagi semua keretapi di Malaysia.
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan
Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya—
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 463
peruntukan yang berlainan dalam Akta ini; atau
kesemua peruntukan atau peruntukan yang berlainan dalam Akta ini berkenaan dengan Negeri atau wilayah yang berlainan.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“barang” termasuklah beg barang dan harta alih lain daripada apa-apa perihalan, dan haiwan sama ada yang hidup atau mati;
“beg barang” atau “beg barang penumpang” ertinya apa-apa artikel untuk kegunaan dan kemudahan sendiri sebagaimana yang biasanya dibawa oleh penumpang tetapi tidaklah, kecuali dalam hal pedagang kembara, termasuk artikel yang dibawa bagi maksud perniagaan, perdagangan atau keuntungan;
“demuraj” termasuklah caj bagi penahanan kenderaan, vesel, loji atau kelengkapan;
“gudang” ertinya apa-apa bangunan atau tempat yang disediakan atau digunakan oleh suatu syarikat keretapi bagi maksud menyimpan barang; dan sekiranya syarikat keretapi itu mendapati bahawa barang yang hendak disimpan dalam gudang itu lebih sesuai dibiarkan dalam trak, maka trak itu apabila ditempatkan di suatu sisian hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan sebagai suatu gudang;
“harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih, dan termasuklah—
apa-apa hak, kepentingan, hak milik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa, keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan dan sama ada terletak hak atau kontingen, berhubungan dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;
Keretapi 13
apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menguntukkan, menyerahkan, atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta tak alih yang dipunyai atau dimiliki oleh orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakan itu atau yang ke atasnya orang itu berhak mendapat hak kontingen, sama ada bagi seluruh kepentingannya atau apa-apa kepentingan yang kurang daripada itu;
apa-apa surat cara kewangan;
apa-apa surat cara atau sekuriti lain;
apa-apa perniagaan; dan
apa-apa harta ketara atau tidak ketara lain;
“kadar” termasuklah apa-apa tambang, tambang muatan, caj atau bayaran lain bagi pengangkutan mana-mana penumpang atau barang;
“keretapi” ertinya apa-apa jenis keretapi bagi pembawaan awam penumpang atau barang atau kedua-duanya, atau mana-mana bahagian keretapi itu, dan termasuklah—
segala rel, rasuk, kabel, sisian atau cabang yang dikerjakan bagi maksud, atau berkaitan dengan, suatu keretapi;
segala stokereta yang digunakan bagi maksud trafik; dan
setakat yang konteksnya membenarkan, suatu keretapi yang sedang dalam pembinaan oleh atau bagi mana-mana syarikat keretapi, tetapi tidaklah termasuk—
Keretapi Negeri Sabah;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 463
mana-mana keretapi yang digunakan atau, dalam hal suatu keretapi yang akan dibina, yang dimaksudkan untuk digunakan, oleh mana-mana orang untuk membawa barang dalam mana-mana premis yang diduduki oleh orang itu; dan
mana-mana keretapi yang digunakan atau, dalam hal suatu keretapi yang akan dibina, yang dimaksudkan untuk digunakan, keseluruhannya atau terutamanya untuk membawa penumpang dalam mana-mana premis hiburan atau rekreasi;
“Keretapi Tanah Melayu” ertinya pengusahaan yang dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu di bawah Ordinan termansuh;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Keretapi yang dilantik di bawah seksyen 3;
“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 23;
“Menteri” ertinya Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keretapi di Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan Labuan;
“Ordinan termansuh”
ertinya
Ordinan
Keretapi 1948
[M.U. Ord. 8/1948];
“pegawai keretapi” ertinya mana-mana orang yang diambil kerja oleh atau bagi pihak mana-mana syarikat keretapi untuk melaksanakan apa-apa fungsi berkaitan dengan keretapi;
“Pentadbir” mempunyai erti yang sama yang diberi kepada
“Pentadbir Tanah” oleh seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965[Akta 56], “Pemungut” oleh seksyen 4 Ordinan Tanah Sabah [Sabah Bab 68] atau “Pengarah” oleh seksyen 2 Kanun Tanah Sarawak [Sarawak
Bab
Bab 81], mengikut mana-mana yang berkenaan;
Bahagian II
Ketua Pengarah Keretapi
Bahagian III
Skim Keretapi
Bahagian IV
Pembinaan dan Kerja
Bahagian V
Pelesenan Syarikat Keretapi dan Pembukaan Keretapi
Bahagian VI
Kewajipan Syarikat Keretapi
Bahagian VII
Kuasa Syarikat Keretapi
Bahagian VIII
Kemalangan
Bahagian IX
Kesalahan dan Penalti
Bahagian X
Penggantungan atau Pembatalan Lesen
Bahagian XI
Peruntukan Pelbagai
Bahagian XII
Perbadanan Aset Keretapi dan Harta Keretapi
Bahagian XIII