Malaysia legislation
Section 92
Seksyen 92
(2)
Segala harta, hak dan liabiliti Pentadbiran Keretapi Tanah
Melayu di bawah Ordinan termansuh hendaklah, apabila mula berkuat kuasanya Akta ini, terletak hak pada Perbadanan tanpa apa-apa jua pun pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan dan segala sebutan mengenai “Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu”,
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 463
“Keretapi Tanah Melayu”, atau “Pengurus Besar, Keretapi Tanah
Melayu” berhubungan dengan mana-mana harta dalam apa-apa surat cara, surat ikatan, hak milik, dokumen atau undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan seolah-olah segala sebutan sedemikian adalah sebutan mengenai “Perbadanan Aset Keretapi”.
Peletakhakan harta pada Perbadanan