Seksyen 94
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
(1)
Segala tanah dalam Singapura yang terletak hak pada
Kerajaan Malaysia atau Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud mengendalikan dan menguruskan perkhidmatan keretapi di Singapura menurut atau di bawah Ordinan Pemindahan Keretapi Singapura 1918 atau Akta Keretapi 1987 Singapura hendaklah masih terletak hak pada Kerajaan Malaysia atau Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini.
(2)
Segala harta yang terletak di Singapura dan yang terletak hak pada, dipegang atau telah diperoleh oleh Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan di bawah Ordinan termansuh hendaklah masih terletak hak pada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di bawah Akta ini.
Keretapi 75
Liabiliti boleh dikuatkuasakan terhadap Perbadanan atau