Seksyen 4
Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti
of Akta Keretapi (Syarikat Pengganti) 1991
(1)
Berbangkit daripada peletakhakan pada syarikat pengganti akan segala harta, hak dan liabiliti di bawah seksyen 3, syarikat itu hendaklah menerbitkan apa-apa sekuriti syarikat sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan, selepas berunding dengan
Menteri, dari semasa ke semasa, kepada Perbadanan.
(2)
Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah diterbitkan atau diumpukkan pada bila-bila masa dan atas
Akta Keretapi (Syarikat Pengganti) 1991 9
apa-apa terma, tentang pengumpukan, sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan selepas berunding dengan Menteri.
(3)
Syer yang diterbitkan menurut seksyen ini―
(a)
hendaklah daripada apa-apa nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan; dan
(b)
hendaklah diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 1965 seolah-olah ia telah dibayarkan disebabkan oleh pembayaran kepada syarikat pengganti akan nilai nominalnya.
(4)
Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan apa-apa sekuriti yang diterbitkan atau apa-apa hak pada sekuriti yang diumpukkan pada mulanya kepada Perbadanan menurut seksyen ini.
(5)
Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh
Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusan atau selainnya berkaitan dengan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.