Railways (Successor Company) Act 1991 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Peletakhakan Harta, Dsb., Pada Syarikat Pengganti
5. Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti syarikat pengganti
Feedback & supportMenteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan
Menteri, pada bila-bila masa, memperoleh―
sekuriti syarikat pengganti atau mana-mana subsidiari syarikat pengganti itu; atau
hak untuk memohon beli apa-apa sekuriti sedemikian.
Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini.
Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Perbadanan berbangkit daripada peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelabuhan dan dibenarkan di bawah subperenggan 8 (3)(a)(iv) Akta
Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].
10 Undang-Undang Malaysia
Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh
Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusan atau selainnya berkaitan dengan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Duti setem tidak boleh dikenakan―
berkenaan dengan apa-apa pertambahan modal syer dibenarkan syarikat pengganti yang―
dilaksanakan pada masa syarikat pengganti dipunyai pada keseluruhannya oleh Kerajaan; dan
diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah dilaksanakan disebabkan oleh penerbitan syer yang dimohon beli oleh Perbadanan di bawah perenggan
; atau
pada apa-apa surat cara yang diperakui oleh
Perbendaharaan sebagai telah dibuat atau dilaksanakan menurut seksyen 4.