Skip to content

Seksyen 3

Pemakaian luar wilayah

of Akta Keselamatan Siber 2024

ActIn forceProvision 3 of 64
Seksyen 3
(1)

Akta ini hendaklah, berhubung dengan mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, mempunyai kuat kuasa di luar dan juga di dalam Malaysia, dan jika suatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh mana-mana orang di mana-mana tempat di luar Malaysia, dia boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan itu seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Akta ini hendaklah terpakai jika bagi kesalahan yang berkenaan, infrastruktur maklumat kritikal negara itu berada secara keseluruhannya atau sebahagiannya di dalam Malaysia.

Tafsiran