Seksyen 15
of Akta Keselamatan Siber 2024
ActIn forceProvision 15 of 64
Seksyen 15
(1)
Menteri boleh, atas syor Ketua Eksekutif, melantik mana-mana Entiti Kerajaan atau orang untuk menjadi ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara bagi setiap sektor infrastruktur maklumat kritikal negara.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 854
(2)
Menteri boleh melantik lebih daripada satu ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara bagi mana-mana sektor infrastruktur maklumat kritikal negara.
(3)
Nama ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam laman sesawang rasmi Agensi Keselamatan Siber Negara.