Seksyen 53
of Akta Keselamatan Siber 2024
ActIn forceProvision 53 of 64
Seksyen 53
(1)
Mana-mana orang yang terkilan—
(a)
dengan keengganan Ketua Eksekutif untuk mengeluarkan kepadanya suatu lesen di bawah Akta ini; atau
(b)
dengan pembatalan atau penggantungan lesennya, boleh, dalam masa tiga puluh hari selepas dimaklumkan secara bertulis mengenai keengganan, pembatalan atau penggantungan itu, membuat rayuan secara bertulis terhadap keputusan itu kepada
Menteri.
Keselamatan Siber 47
(2)
Menteri boleh, selepas mempertimbangkan rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), mengesahkan atau mengetepikan keputusan yang dirayukan itu.