Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2024Read it in English

Bahagian II · Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara

7. Mesyuarat Jawatankuasa

Feedback & support
(1)

Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuaratnya seberapa kerap sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi dan mesyuarat hendaklah diadakan pada masa dan di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.

(2)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Jawatankuasa.

(3)

Jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat

Jawatankuasa, dia boleh mengarahkan Timbalan Pengerusi untuk menggantikannya sebagai pengerusi mesyuarat itu.

(4)

Kuorum Jawatankuasa ialah lima.

(5)

Pengerusi boleh membenarkan penggunaan suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain bagi maksud apa-apa mesyuarat Jawatankuasa.

(6)

Jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Report

Bahagian III

Kewajipan dan Kuasa Ketua Eksekutif

Bahagian IV

Ketua Sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara dan Entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara

Bahagian V

Tataamalan

Bahagian VI

Pemberi Perkhidmatan Keselamatan Siber

Bahagian VII

Insiden Keselamatan Siber

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bahagian IX

Schedules