Mental Health Act 2001 · Updated to 1 Feb 2014 · Bahagian VII · Lembaga Pelawat
44. Pemeriksaan pesakit tidak sukarela oleh Pelawat
Feedback & supportJika seseorang pesakit telah ditahan untuk rawatan menurut suatu perintah yang dibuat mengikut subseksyen 9(5), 10(8), atau 14(7) atau seksyen 73, dia hendaklah, sebelum tamat tempoh tiga bulan yang disebut di dalam subseksyen atau seksyen itu, dibawa ke hadapan Pelawat yang hendaklah memeriksa pesakit itu dan membuat siasatan berhubung dengan kemasukan dan penahanan pesakit itu.
Kesihatan Mental 43
Jika berdasarkan pemeriksaan dan siasatan di bawah subseksyen (1) Pelawat itu—
tidak berpuas hati bahawa penahanan lanjut pesakit itu wajar, Pelawat itu hendaklah mengarahkan supaya pesakit tidak sukarela itu dilepaskan; atau
berpuas hati bahawa penahanan lanjut orang itu wajar,
Pelawat itu hendaklah membuat perintah dalam borang yang ditetapkan yang ditandatangani oleh mereka bagi penahanan orang itu di hospital psikiatri itu selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan dari tarikh perintah itu atau suatu tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.