Mental Health Act 2001 · Updated to 1 Feb 2014 · Bahagian VII · Lembaga Pelawat
47. Elaun, dsb., bagi anggota Lembaga
Feedback & supportMaka hendaklah dibayar kepada setiap anggota Lembaga bagi tiap-tiap kehadiran mereka pada mesyuarat Lembaga dan bagi tiap-tiap lawatan ke hospital psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri dalam melaksanakan tugasnya di bawah Akta ini apa-apa belanja perjalanan, elaun penginapan dan elaun sara hidup sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Bayaran yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh Kerajaan dalam hal hospital psikiatri kerajaan atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan, dan oleh pemegang lesen dalam hal hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan.