Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2014Read it in English
Contents

Bahagian X · Prosiding dalam Menyiasat Kecelaruan Mental

52. Mahkamah boleh memerintahkan siasatan

Feedback & support
(1)

Mahkamah boleh, atas permohonan yang dibuat di hadapannya, membuat perintah mengarahkan suatu siasatan untuk menentukan sama ada seseorang yang tertakluk kepada bidang kuasa

Mahkamah dan dikatakan bercelaru mental dan tidak berupaya untuk menguruskan dirinya dan hal ehwalnya akibat kecelaruan mental itu.

(2)

Perintah Mahkamah di bawah subseksyen (1) boleh juga mengandungi arahan untuk siasatan dibuat berkenaan dengan—

(a)

jenis harta yang dipunyai oleh orang yang dikatakan bercelaru mental itu;

(b)

orang yang merupakan saudaranya;

(c)

tempoh dia telah bercelaru mental; atau

(d)

apa-apa persoalan lain yang dianggap patut oleh

Mahkamah.

(3)

Permohonan bagi siasatan sedemikian boleh dibuat oleh saudara orang yang dikatakan bercelaru mental itu, atau oleh mana-mana pegawai awam yang dinamakan oleh Menteri bagi maksud membuat permohonan itu.

Report

Bahagian XI

Penguatkuasaan

Bahagian XVI

Bahagian XVI Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Bahagian XII

Pelbagai

Schedules