Mental Health Act 2001 · Updated to 1 Feb 2014 · Bahagian X · Prosiding dalam Menyiasat Kecelaruan Mental
65. Pelaksanaan kontrak
Feedback & supportApabila seseorang yang telah membuat kontrak untuk menjual atau melupuskan estetnya atau mana-mana bahagian estetnya kemudiannya menjadi bercelaru mental, Mahkamah boleh, jika kontrak itu sedemikian jenisnya sehingga Mahkamah menganggap kontrak itu harus dilaksanakan, mengarahkan jawatankuasa bagi estet orang bercelaru mental itu supaya melaksanakan pemindahhakan dan melakukan apa-apa perbuatan lain untuk memenuhi kontrak itu sebagaimana yang dianggapnya patut.