Mental Health Act 2001 · Updated to 1 Feb 2014 · Bahagian XII · Pelbagai
88. Penalti bagi penerimaan dan penahanan yang tidak patut
Feedback & supportTertakluk kepada seksyen 79, mana-mana orang yang—
(a)
selain mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, menerima atau menahan di dalam suatu hospital psikiatri seseorang yang
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 615
bercelaru mental atau dikatakan yang bercelaru mental;
atau
(b)
untuk keuntungan, menahan di dalam mana-mana tempat, yang bukan hospital psikiatri, apa-apa bilangan orang yang bercelaru mental, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.